BORANG ONLINE ILMAM

NAMA PENUH
ALAMAT RUMAH
NO KAD PENGENALAN
JANTINA
ILMAM NEGERI
NO TELEFON
EMEL ANDA
PEKERJAAN SEKARANG/ JAWATAN
Saya akan membantu ILMAM di dalam bidang Dakwah
Penyelidikan
Penulisan
IT/Internet/Web
Sukarelawan
Fasilitator
Program Kemasyarakatan
Politik Dunia
Isu Palestin
Perubatan
Lain-Lain
Mohon Tuan/ Puan untuk berkongsi sedikit latar belakang pengajian sebelum ini (Contoh : jurusan pengajian di Mesir, tahun pengajian dan sumbangan yang boleh diberikan kepada ILMAM)

Saya mengaku segala kenyataan di atas adalah benar dan saya akan membantu Pertubuhan ILMAM Malaysia sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.

 


Click here to create your own form.

Tuesday 18 September 2012

BERSATU! HIMPUNAN SEJUTA UMAT

 
ILMAM Malaysia menjemput menghadiri HIMPINAN SEJUTA UMAT pada 21 September 2012 ini. Bersatu mempertahankan kesucian Islam dan baginda Nabi Muhammad S.A.W

Friday 14 September 2012

Kenyatan Media ILMAM Berkenaan Isu Filem Innocence of Muslims


 
KUALA LUMPUR: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) mengutuk keras sebarang usaha untuk menjejaskan kesucian Islam yang sengaja dicetuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi sebuah filem berjudul Innocence of Muslims.

Presidennya, Dr Aminurrasyid Yatiban berkata, menurut satu sumber, filem yang diarahkan oleh Bacile (seorang Yahudi Israel) itu menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 Yahudi.

Katanya, kandungan filem yang jelas berniat jahat itu sengaja menimbulkan provokasi seperti menyebutkan Islam is a cancer, period dan sebagainya.

"Perkara ini jelas mencemarkan kesucian Islam dan dakwaan yang sangat tidak betul serta menimbulkan provokasi melampau terhadap umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya Ilmam menyeru semua umat Islam agar mempunyai sensitiviti yang tinggi dengan mengambil berat sebarang usaha yang boleh menyelewengkan ajaran Islam yang suci dan murni.

Friday 31 August 2012

ILMAM Mengucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan

 
SELURUH KEPIMPINAN ILMAM PUSAT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN BUAT NEGARA MALAYSIA YANG KE-55

Wednesday 29 August 2012

Ilmam berterima kasih pada k'jaan S'gor dan JAIS

BULETIN ILMAM SELANGOR

Shah Alam –Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir ( Ilmam) cawangan Selangor berterima kasih kepada kerajaan negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam (JAIS) kerana menerima baik cadangannya supaya JAIS menguruskan pendaftaran kemasukan sesi pengajian 2012/2013 bagi pelajar persendirian Selangor ke Universiti Al-Azhar Mesir.

Ilmam Selangor Mohd Farhan MadzlanMenurut kenyataan Ilmam, berita baik itu telah dimaklumkn oleh Exco Pengajian Tinggi dan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali kepada Pengerusi Ilmam Selangor, Mohd Farhan Madzlan (kanan) semalam.

"Sebelum ini dilaporkan puluhan pemohon yang ingin menyambung pengajikan ke universiti tertua itu, menghadapi kesukaran untuk mendaftarkan diri apabila segala proses pendaftaran dilakukan sendiri, ditambah lagi kecelaruan maklumat dari beberapa pihak," kata kenyataan itu semalam.

Menurut Ilmam lagi, Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ) pula tidak menguruskan borang bagi pelajar yang tidak berjaya dalam ujian saringan sebelum ini, menambahkan lagi kesukaran mereka untuk melanjutkan pengajian ke sana.

"Ilmam Selangor berharap kepada seluruh pemohon agar menghantar borang pemohonan ke JAIS sebelum 5 September ini agar ia dapat diproses dengan segera.

"Penerbangan bagi pemohon ujian saringan ke-2 di Mesir dijangka bertolak sebelum 15 September ini. Persatuan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir ( BKASM ) juga bersedia menerima kedatangan mereka dan akan mengadakan kelas intensif persediaan sebelum mereka mengahadapi ujian saringan akhir September ini," jelas kenyataan itu lagi.

Menurut Ilmam Selangor, pihaknya juga akan berusaha membantu semaksima mungkin kerajaan Selangor dan agensi-agensinya seperti program dakwah dan pendidikan negeri dan lain-lain lagi yang pernah dijayakan bersama.

Selain itu juga, Ilmam Selangor akan menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat untuk meraikan pelajar ke Mesir bersama ibu bapa mereka pada 7 September ini.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pengerusi jawatankuasa prihatin membantu pelajar ke Mesir, Mohd Firdaus Madzlan di talian 018-4601497.

Sunday 26 August 2012

Sinar Harian : 26 Ogos 2012


Kenyataan Media ILMAM yang diterbitkan di Akhbar Sinar Harian pada hari Ahad, 26 Ogos 2012


Saturday 25 August 2012

Kenyataan Media ILMAM Berhubung Isu Hudud Di Malaysia


KENYATAAN MEDIA 
PERTUBUHAN IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR 
BERHUBUNG ISU HUDUD

Menyedari terdapat banyak pihak yang memperkatakan isu tentang hukum hudud dan terdapat sesetengah pihak pula yang menolak dan menghinanya, Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) merasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang hukum ini.

1.       Hukum hudud merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia khasnya kepada orang Islam dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan jenayah. Mereka tidak boleh menunjukkan sikap dolak dalih apatah lagi menolak dan menghinanya kerana melaksanakannya merupakan tanggungjawab ke atas seorang Muslim. Sikap menolak dan menghinanya boleh menjadikan seseorang itu terkeluar dari agama.

2.       Bagi seorang non-Muslim, tidak menjadi kesalahan kepada mereka sekadar tidak bersetuju kerana tiada paksaan dalam agama tetapi mereka tidak wajar untuk menghina hukum ini. Begitu juga, mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum hudud kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan hukum yang sedia ada atau sebaliknya. Justeru, sebarang usaha menghalang pelaksanaannya dianggap sebagai masuk campur dalam urusan agama orang Islam. Penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah. Ini sekaligus akan menimbulkan satu keadaan yang tidak tenteram dalam hubungan seorang muslim dan bukan non-muslim. Walau bagaimanapun, mereka boleh memberikan pandangan untuk menambahkan lagi keberkesanan pelaksanaan hukum ini di negara ini.

3.       Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan kepada seluruh manusia sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk membincangkan pelaksanaan hukum ini secara lebih objektif dan rasional untuk keselesaan semua pihak. Ini kerana ia melibatkan proses mendrafkannya sebagai undang-undang (akta/enekmen) dan meletakkan remedy bagi lacuna yang mungkin terdapat di sana-sini bagi enekmen yang sedia ada (Terengganu dan Kelantan). Menolaknya secara total bukanlah sikap yang bijak kerana pelaksanaan hukum telah terbukti boleh membawa penyelesaian kepada masalah jenayah seperti yang berlaku di Saudi Arabia.

4.       Dalam isu kondusif yang menghalang pelaksanaan hukum hudud seperti pada zaman Saidina Umar, yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak, sebenarnya mereka perlu membezakan antara taqnin iaitu proses mengundang-undangkannya dan pelaksanaan kepada undang-undang itu. Taqnin itu perlu, tetapi dalam melaksanakannya mungkin perlu ditangguhkan atas alasan tertentu yang boleh dijelaskan dalam undang-undang itu sendiri, budi bicara penguatkuasa dan boleh juga ditafsirkan oleh hakim. Hal ini tidak pelik kerana terdapat undang yang tidak digunakan seperti memberi kuasa kepada polis untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mempunyai kad pengenalan. Tetapi, pihak polis tidak menggunakan peruntukan ini semudah itu.

5.       Oleh yang demikian, ILMAM menyeru semua pihak agar duduk berbincang isu hudud ini berlandaskan ilmu pengetahuan dan mengajak non-Muslim menghormati hak orang Islam dalam melaksanakan hukum ini. ILMAM bersedia berbincang dan boleh menjadi orang tengah dalam membincangkan isu ini dengan para ulama yang lebih terkemuka. Di dalam negara kita terdapat ramai golongan cendiakawan Islam dan pakar undang-undang  yang boleh membincangkan perlaksanaannya dan menerima sebarang padangan serta menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan.


DR AMINURRASYID YATIBAN               
Presiden
Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)

Wednesday 22 August 2012

Ucapan Salam Aidilfitri


SELURUH KEPIMPINAN ILMAM PUSAT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. SEMOGA LEBARAN INI MEMBERI SERIBU MAKNA KEPADA SELURUH MUSLIMIN MUSLIMAT TERUTAMANYA KEPADA MAHASISWA LEPASAN MESIR WALAU DI MANA SAHAJA ANDA BERADA.


Monday 25 June 2012

ILMAM UCAP TAHNIAH DI ATAS KEMENANGAN DR MORSY SEBAGAI PRESIDEN MESIR


ILMAM UCAP TAHNIAH DI ATAS KEMENANGAN DR MORSY SEBAGAI PRESIDEN MESIR

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) mengucapkan tahniah kepada calon Ikhwan Muslimin apabila memenangi kerusi Presiden Mesir bagi pusingan kedua pilihan raya yang diadakan baru-baru ini.

Dr Morsy menang menewaskan bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq dengan kemenangan 51 peratus sekaligus merubah politik pentadbiran negara Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak.

ILMAM menghargai kejayaan yang diperoleh oleh Dr Morsy dan berharap agar beliau dapat membawa masa depan, kebebasan, demokrasi, pembangunan dan keamanan yang lebih baik untuk Mesir setelah kemenangan ini menjadi titik pengorbanan utama kepada rakyat seluruhnya dan perjuangan Islam amnya.

ILMAM juga sentiasa mendoakan agar perjuangan serta pentadbiran yang akan dibawa oleh Dr Morsy mendapat rahmat daripada Allah SWT.

DR AMINURRASYID BIN YATIBAN
Presiden
Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)

Saturday 21 April 2012

Kenyataan Media : Isu PTPTN



ILMAM MENYOKONG TINDAKAN SMM MEMANSUHKAN PTPTN

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) menyokong tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) pada 14 April yang lalu.

Atas sikap keberanian dan ketegasan yang ditunjukkan oleh pihak SMM, ILMAM sentiasa komited bahawa usaha ini mampu menjadikan mahasiswa di Malaysia berani menyuarakan hasrat dan pandangan kepada pihak kerajaan.

Walaubagaimanapun, ILMAM membantah tindakan SMM yang bertindak keterlaluan dengan membuat kalungan bunga ke atas potret pemimpin negara dan menggunakan istilah ’mendiang’ di Dataran Merdeka, pada 14 April yang lalu.

Tindakan tersebut bertentangan dengan norma dan akhlak mulia budi pekerti yang digariskan Islam. Sebagai umat Islam, agama Islam menuntut agar umat-Nya sentiasa menunjukkan akhlak yang terpuji sebagaimana akhlak junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Tindakan kalungan bunga ke atas potret yang dianggap simbolik kepada sistem dan peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pemimpin itu telah mati, merupakan satu tanggapan yang tidak tepat.

Walaubagaimanapun, ILMAM sebagai sebuah pertubuhan NGO mewakili suara Lepasan Mahasiswa Mesir menggesa kerajaan untuk memansuhkan pinjaman PTPTN dan mencadangkan agar pendidikan di negara ini diberi secara percuma.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dicadang untuk mencontohi sistem pengurusan pendidikan di Universiti Al-Azhar, Mesir yang menjadikan ekonomi wakaf sebagai salah sebuah cara berkesan menggalakkan umat Islam berwakaf.

ILMAM sentiasa komited membawa pemikiran Al-Azhar ke Malaysia kerana pengaruh Mesir melalui sistem pendidikan berteraskan Islam sudah mula bertapak di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Yang benar,

MOHD ASRI MAT DAUD
Timbalan Presiden
Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir.

Thursday 22 March 2012

Kenyataan Media : ILMAM Gesa Kerajaan Negeri Menarik Semula Pembatalan Pinjaman Pelajaran Mahasiswa Mesir


ILMAM MENGGESA KERAJAAN NEGERI MENARIK SEMULA PEMBATALAN PINJAMAN PELAJARAN MAHASISWA MESIR.

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) menggesa kerajaan negeri Terengganu menarik semula kenyataan membatalkan pinjaman pelajaran bagi  penuntut di Mesir.

Tindakan kerajaan negeri membatalkan pinjaman pelajaran bagi mahasiswa membantutkan proses pendidikan dan pelajaran yang sedang dialami oleh mahasiswa tersebut.

ILMAM dimaklumkan pada bulan Februari yang lalu, sembilan orang mahasiswa telah menerima surat dari pihak Yayasan Terengganu (YT) menyatakan penamatan perjanjian pinjaman YT berkuatkuasa serta merta melalui mesyuarat Lembaga Pemegang-pemegang Amanah YT yang bersidang pada 18 Disember 2011.
Penamatan ini disebabkan melanggar peruntukan peraturan Fasal 2 Perjanjian Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu pada 9 Julai 2011 kerana berhimpun di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah bagi menyertai Demonstrasi BERSIH 2.0

Penafian hak pinjaman terhadap pelajar seolah-olah Akta Universiti dan Kolej Universiti cuba diwujudkan untuk mahasiswa di luar negara sedangkan perkara ini tidak terpakai kepada mahasiswa luar negara sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Kelab UMNO Luar Negara.

ILMAM melahirkan kekesalan di atas tindakan kerajaan negeri dan seharusnya usaha untuk melahirkan generasi ummah melalui golongan agamawan di pandang tinggi kerana kesinambungan generasi ulama dan doktor professional adalah aset utama negara.

Walaubagaimanapun, atas komitmen ILMAM sebagai sebuah NGO di Malaysia, ILMAM berusaha mengumpulkan dana bagi membantu sembilan mahasiswa tersebut. Atas dasar memastikan mahasiswa Mesir dibela, rombongan ILMAM yang diketuai oleh Naib Presiden I ILMAM, akan bertolak ke Mesir hujung bulan ini bagi mengetahui situasi sebenar serta menyampaikan dana yang dikumpulkan itu.

ILMAM menggesa kerajaan negeri untuk meneruskan pinjaman YT kepada mahasiswa terbabit bagi memastikan kesinambungan pengajian dapat berjalan dengan baik dan sempurna.

MOHD ASRI MD DAUD
Timbalan Presiden
Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)